Monday, July 3, 2017

Menarik di Kuantan

Korang pernah sampai Kuantan?

Jika tak pernah aku nak cerita sikit,

Lepas solat Subuh, boleh panjat bukit Panorama tengok matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk Lombong Bijih timah dalam bukit, eh? Ni dah sungai Lembing, jauh 40km dari Kuantan.

Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi nasi lemak di restoran zaman, atau nak nasi kerabu pergi restoran Kemira, atau nak nasik minyak pergi Tanjung Api. lepas sarapan boleh jogging di Taman Gelora atau Taman Bandar IM, lepas tu lepak Zoo Mini dekat Telok Cempedak, boleh juga merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik) sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi bagus, dari Pantai TC panjat Bukit Pelindung sekali sekala apa salahnya.

Tengah hari boleh Lunch Dekat Restoran Mabiq, Ikan patin masak tempoyak, atau panggang, perghhh, lepas tu boleh lepak depan masjid Negeri tengok orang jual macam macam. Jangan lupa solat zohor. Bulan Puasa, padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di bawah lembayung senja. Chewah…
Lepas solat zohor, Rasa nak mandi air terjun boleh pergi Sungai Panching. Rasa nak Mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak tengok Zoo Safari pun ada sini.

Petang nak makan sotong , udang ketam celup tepung boleh ke restoran Poksu di Tanjung Lumpur, laksa, satar, keropok semua ada.

Jangan lupa solat asar, dan boleh juga lepak Tepi Pantai Sepat, tepi Pantai Beserah, Pantai Chendor, Pantai Cherating, kereta boleh parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang redup, mandi air laut petang yang sejuk.. oh..

Malam sikit boleh pekena Ikan Bakar masak petai di Tanjung Lumpur, lepas tu rehat depan HTAA, ada banyak kedai, taman permainan, lokasi tepi sungai, nak main kasut roda pun boleh. Tengah malam boleh lepak mengeteh di Pantai TC, ada kedai makan, taman mainan kanak kanak di waktu malam, silap silap boleh ambil gambar dengan spiderman, batman, predator dan ultraman yang selalu berkeliaran di pantai TC
Akhir sekali paling best, dah mengantuk, boleh sewa Homestay Hamka kereta Mayat di Taman Indera sempurna, masjid sini hari hari ada ceramah dari ustaz yang best best.

Whatsapp 0199117163 atau 0199227963 untuk tempahan, RM150 semalam.
Selamat datang ke Kuantan. Nak promosi Homestay rupanya, adohai..

No comments:

Post a Comment